Majlis Peragaan Busana Moslema In Style
Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 2.30 - 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, PWTC Kuala Lumpur
Terhad Untuk Wanita Sahaja
Harga Tiket : RM100 / orang ( Klik Untuk Beli Tiket Sekarang ! )
Untuk pembelian tiket berkumpulan atau korporat, sila hubungi Rizman 012-6406212
PLOOF SDN BHD dengan bangganya mempersembahkan Majlis Peragaan Busana “Moslema In Style” 2012. Majlis ini akan menampilkan pereka fesyen muda yang penuh dengan inspirasi baru dalam dunia fesyen dengan membawa jenama Emystic, Saris Couture, Minaz, Salsabeela Muslimah Attire, Zafa Scarf, KZNabihah dan Bil Emaan.
Majlis pertunjukan fesyen ini akan memperagakan koleksi busana muslimah yang terbaru dan eksklusif berkonsepkan “Casual & Trendy” dan “Glamour Night”. Dengan pelbagai rekaan kreatif dan pilihan warna yang segar dan terkini, busana ini tetap mengekalkan kesopanan dan keanggunan si pemakai.
Dengan kehadiran Heliza Helmi sebagai pengacara dan majlis ini juga agak unik kerana hanya dikhaskan untuk tetamu wanita sahaja.
Majlis ini juga turut mengundang selebriti berhijab seperti Natasha Hudson, Yatt Hamzah, Diana Amir, Farah dan lain-lain lagi. Ia juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa “blogger” terkenal iaitu Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Cik Epal, Ieda & Iena Mansor.
Ini merupakan peluang kepada peminat-peminat fesyen berhijab untuk bersama dan bermesra dengan pereka fesyen dan selebriti berhijab dalam majlis yang lebih santai. Tiket boleh didapati secara online di laman web www.moslemainstyle.com/ticket/
|