Bengkel Hijab In Style oleh Anizon

 

Bengkel Hijab In Style oleh Anizon

Tarikh : 14 Oktober 2012 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Harga Tiket : RM60/orang ( Klik Untuk Beli Tiket Sekarang ! )

Untuk pembelian tiket secara berkumpulan atau korporat, sila hubungi Rizman 012-6406212

 

Mahu kelihatan anggun & bergaya walaupun bertudung? Daftarlah sebagai peserta bengkel istimewa anjuran Anizon Collection yang akan memperagakan tip-tip penggayaan selendang dan hijab yang terkini. 

Puan Anizon berpengalaman mengendalikan majalah Dara.com yang merupakan majalah remaja bertudung di Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Variasi Inspirasi Selendang” dan berpengalaman mengendalikan lebih 100 bengkel penggayaan tudung di universiti dan organisasi kerajaan. Selain itu, beliau juga kerap muncul di media cetak dan elektronik yang menampilkan beliau sebagai penata gaya atau rujukan untuk menggayakan fesyen bertudung.

Bengkel Hijab In Style ini akan mengetengahkan topik yang menarik seperti terokai warna yang menambahkan seri pada wajah, rahsia pemakaian anak tudung, fabrik tudung yang boleh membuatkan anda lebih tinggi dan langsing, 101 gaya ikatan tudung yang sesuai dengan bentuk wajah.

Jangan lepaskan peluang ini kerana tempat duduk adalah terhad. Daftar penyertaan anda di www.moslemainstyle.com/ticket/

KLIK UNTUK PENDAFTARAN / PEMBELIAN TIKET

 

 

 

 
top